



21 FEB. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa melawat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB) sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Selain menerima penerangan daripada Menteri Pembangunan Lestari dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahrain EDB, Noor Binti Ali AlKhulaif, kami juga berpeluang berbincang lanjut soal kerjasama baharu yang boleh diusahakan antara kedua-dua negara.
MENJADI PEMUDAH CARA
“Bahrain EDB juga sedia untuk menjadi pemudah cara kepada mana-mana syarikat Malaysia untuk melabur di negara ini serta menjadi penghubung dengan negara-negara Timur Tengah,” katanya dalam hantaran di FB.
Beritahu Perdana Menteri, mereka juga turut membincangkan soal mata wang kripto dan mendengar pengalaman Bahrain dalam mengendalikan perkara ini. – JM
