





Petikan FB Anwar Ibrahim
22 MAC 2025
Tengah hari tadi saya ke Masjid Sultan Abdul Samad yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah dari sekitar Sepang.
Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218, saudara ASP Mohd Shahrizan Samsudin dipilih sebagai khatib untuk menyampaikan khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk “10 Terakhir Ramadan, Memburu Lailatul Qadr”.
10 MALAM TERAKHIR
Alhamdulillah, banyak peringatan-peringatan penting disampaikan dalam khutbah hari ini terkait keperluan untuk umat Islam menggandakan ibadah di 10 malam terakhir Ramadan untuk mengejar nikmat lailatul qadr, yakni malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Semoga segala amalan dan kebaikan yang kita laksanakan sepanjang bulan mulia ini diterima Allah SWT, dan madrasah Ramadan tahun ini meninggalkan kesan yang membekas dalam hati nurani kita, Insya-Allah. – JM
