Peruntukan RM70 juta bagi penyelenggaraan infrastruktur pelancongan di pulau-pulau di Terengganu – PMX

23 MAC 2025

Kerajaan MADANI akan memberi perhatian kepada penyelenggaraan infrastruktur pelancongan di pulau-pulau di Terengganu membabitkan peruntukan sekitar RM70 juta sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semoga setiap inisiatif yang dirancang dapat berjalan lancar demi kemakmuran rakyat dan negeri Terengganu.

Beliau berada di Kemaman, Terengganu untuk beberapa acara rasmi yang dimulakan dengan menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu bersama Menteri Besar serta pimpinan Pusat dan Negeri.

PELBAGAI PROJEK INFRASTRUKTUR

“Perbincangan kami tertumpu ke arah meneliti pelbagai projek infrastruktur asas dan awam seperti pendidikan, kesihatan, jalan raya, tebatan banjir serta pengurusan hakisan pantai, khususnya untuk menyegerakan projek yang menjadi keutamaan di Terengganu,” katanya pada hantaran di FB.

Pada masa yang sama beliau berkata, status projek sakit dan usaha menangani isu kemiskinan tegar turut dibincangkan secara mendalam.

“Saya tegaskan agar semua agensi yang terlibat mengambil tindakan segera bagi memastikan tiada kumpulan rakyat yang dinafikan hak untuk menikmati pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *