Insentif Rebat RAHMAH buat anggota PDRM

Oleh: Sholina Osman
26 MAC 2025

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan media Kementerian Komunikasi memaklumkan anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar (postpaid) akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada bulan
April, Mei atau Jun bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.

Manakala, anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar (prepaid) pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara one-off dan kaedah pemberian rebat
adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatatelekomunikasi.

Pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota PDRM disokong oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX Com.

127,000 ORANG ANGGOTA

Pemberian insentif ini akan memberi manfaat kepada lebih 127,000 orang anggota PDRM.

Insentif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI bagi mengiktiraf dan menghargai
pengorbanan anggota PDRM atas komitmen dalam menjalankan tugas untuk menjaga kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara.

Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.

Senarai soalan lazim (FAQ) boleh
dirujuk menerusi laman sesawang Kementerian Komunikasi di pautan
https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *