PMX hadir majlis khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri

26 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri.

Menerusi catatan di FB, beliau berharap kehadiran bulan suci Ramadan ini dapat qmerapatkan lagi pertalian silaturrahim antara satu sama lain.

Majlis diadakan dalam suasana penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat al-Quran dibacakan sewaktu dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.

Dengan mendekatkan diri dengan al-Quran, Insya-Allah, pelbagai kebaikan bakal diperoleh antaranya pahala yang berlipat kali ganda, menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya.

“Malah, orang yang membaca al-Quran ini mendapat perlindungan dari Allah SWT daripada kesengsaraaan selama didunia dan akhirat,” katanya.

“Semoga dengan membaca kalam Allah ini, kita semua mendapat manfaat dari Yang Maha Esa InsyaAllah sebagai petunjuk dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian,” tambahnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *