


Oleh: Sholina Osman
26 MAC 2025
Tahniah Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi apabila menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218.
Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pengorbanan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah bagai tiang seri yang mendukung keamanan dan kemakmuran negara dalam ucapannya semasa menyempurnakan sambutan hari berkenaan di ibu negara itu memang tepat.
Berita ini juga sudah pastinya membawa khabar yang mengembirakan kepada 127,000 orang anggota PDRM di seluruh negara.
Dalam kenyataan media Kementerian Komunikasi juga memaklumkan anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar (postpaid) akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada bulan
April, Mei atau Jun bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.
MELANGGAN PAKEJ PRABAYAR
Manakala, anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar (prepaid) pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara one-off dan kaedah pemberian rebat
adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatatelekomunikasi
Wartawan Jendela MADANI juga telah menemubual mereka yang bakal menikmati faedah insentif ini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah berkata, pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara one-off ini amat dihargai.
“Ia sebagai satu penghargaan terhadap kami yang selama ini menganggap tugas yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah demi keselamatan rakyat dan negara,” katanya.
DENGAN PEMBERIAN INSENTIF
Bagi beliau, dengan pemberian insentif ini sememangnya disifatkan sebagai keperluan semasa pada zaman digital ini.
“Sudah pasti pengumuman ini amat menggembirakan bukan saja bagi yang berkhidmat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sahaja malah di tempat lain juga,” katanya.
Bagi Asisten Superitendan Siti Ratnadewi Ahmad Tasir, Insentif Rebat RAHMAH adalah hadiah terbaik sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218.
TANDA INGATAN KERAJAAN
“Alhamdulillah…pemberian ini satu penghargaan kepada semua warga PDRM, ia bukan terletak pada nilai tetapi satu tanda ingatan Kerajaan kepada pasukan keselamatan,” katanya yang berkhidmat di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis,
Kata Siti Ratnadewi, pasukan PDRM tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana paling utama adalah melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.
Beliau yakin pemberian insentif ini sedikit sebanyak menyentuh naluri pasukan PDRM sebagai tanda dihargai oleh Kerajaan. – JM
