






29 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam selepas selesai solat Jumaat.
Beliau diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
“Kami meluangkan masa beramah mesra dengan para pengunjung yang sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam perkongsian di FB.
MENCERMINKAN SEMANGAT PERPADUAN
Jelas Perdana Menteri, kemeriahan dan kehangatan suasana di sini amat dirasai, lantas mencerminkan semangat perpaduan dan kekeluargaan yang utuh di kalangan rakyat.
Semoga sambutan Aidilfitri tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada semua. – JM
