27 IC, 86 sijil kelahiran ganti telah dibuat untuk mangsa kebakaran – Saifuddin

5 APRIL 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 27 kad pengenalan (IC) dan 86 sijil kelahiran ganti telah dibuat oleh pasukan operasi bas MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membantu mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Beliau berkata, operasi bas MEKAR JPN bermula pukul 9.00 pagi 4 April 2025 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

“Saya turut dimaklumkan bahawa bas MEKAR akan meneruskan operasi yang sama pada Sabtu (5 April 2025) bermula pukul 9.00 pagi, manakala pada Ahad (6 April 2025) ini JPN akan menyediakan van MEKAR untuk tujuan yang sama,” katanya pada hantaran di FB.

Sehubungan itu, katanya, bagi mangsa insiden yang berada di kampung semasa kejadian, sebaik sahaja tiba di sini nanti mereka masih boleh mendapatkan penggantian dokumen kelahiran ini melalui inisiatif MEKAR ini sehingga hujung minggu.

“Syabas saya ucapkan kepada team MEKAR JPN yang menjalankan operasi ini dan saya harap mangsa-mangsa di PPS akan memanfaatkan sepenuhnya inisiatif ini,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *