







27 APRIL 2025
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merupakan agensi baharu yang ke-11 di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggalas amanah besar dalam memastikan sistem kawalan dan keselamatan pintu masuk negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun masih baharu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga AKPS atas kejayaan menganjurkan satu majlis sambutan yang bukan sahaja meriah, malah berjaya mengumpulkan masyarakat setempat.
BERAYA DAN BERGEMBIRA
“Inilah sebenarnya roh dan makna tersirat di sebalik sambutan Aidilfitri — bukan sekadar untuk beraya dan bergembira, tetapi lebih penting untuk mempereratkan ukhuwah, memperkukuhkan silaturahim, dan menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan kita semua,” katanya dalam hantaran di FB.
Saifuddin hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran AKPS yang berlangsung di Dataran Kulim, Kedah.
“Tahniah sekali lagi buat AKPS. Semoga terus maju jaya dalam menjaga keselamatan negara tercinta!,” katanya. – JM
