




28 APRIL 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir ke Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah untuk memperkasakan komuniti sebagai ejen komunikasi yang berwibawa selaras konsep Malaysia MADANI.
Permukiman ini disertai oleh 500 peserta daripada 109 Komuniti MADANI Negeri Sabah yang merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh jaringan komunikasi kerajaan di peringkat akar umbi.
“Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Sabah ini melibatkan 150 peserta dengan konsep Training-of-Trainers (ToT) yang memberikan fokus terhadap pembangunan kemahiran peserta khususnya dalam aspek penyampaian komunikasi yang berkualiti,” kata Kementerian Komunikasi dalam perkongsian di FB.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah JAPEN, Julina Johan. – JM
