Sarjan Muhammad “terbang” dengan motosikal melepasi 25 kereta simbolik Jubli Perak Raja Perlis

Oleh: Sholina Osman
28 APRIL 2025

Persembahan memukau Sarjan Muhammad Akmal Shaari apabila berjaya “terbang” dengan motosikal bagi melepasi 25 biji kereta sebagai simbolik Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalul­lail sangat mengujakan kalangan penonton yang memenuhi Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, Sabtu lalu.

Ini adalah antara persembahan hebat oleh Tatu Angkatan Tentera Darat Malaysia bersempena dengan sambutan Jubli Perak tersebut.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menyaksikan pesembahan ini.

Berkenan berangkat Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

DENGAN GIMIK PEMBUKAAN

Acara dimulakan dengan gimik pembukaan disusuli per­sembahan Drumline Tentera Uda­ra Diraja Malaysia (TUDM), pertunjukkan payung terjun oleh anggota 10 Briged Para.

Juga dipertunjukkan tempur tanpa senjata, pertunjukan cawangan serigala, persembahan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kawad patung PDRM.

Selain itu diteruskan dengan acara Tim Army Red Warrior, persembahan orkestra pancaragam dan pelbagai lagi sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *