







28 APRIL 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia bagi mengukuhkan hubungan dua hala merentasi pelbagai sektor.
Anwar berkata, ini merupakan lawatan rasmi julung kalinya beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.
Sebaik tiba di Perdana Putra, Presiden Muizzu dan delegasi beliau diberikan sambutan rasmi, diikuti pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
“Berlatarbelakangkan Masjid Putra, usai istiadat sambutan rasmi, saya dan Presiden Muizzu menghadiri mesyuarat terhad bersama kepimpinan kedua-dua negara bagi membincangkan isu-isu strategik, khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, belia dan sukan,” kata Anwar dalam perkongsian di FB. – JM
–
