


6 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Advanced Micro Devices Inc. (AMD) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lisa Su pagi tadi.
Beliau berkata, AMD adalah syarikat gergasi dunia yang merupakan peneraju dalam sektor pengkomputeran berprestasi tinggi dan adaptif.
“Sejak bertapak di Malaysia pada tahun 1972, AMD telah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan sektor semikonduktor negara,” katanya dalam hantaran di FB.
MENGENAI HALA TUJU
Dalam pertemuan ini, Anwar berkata, mereka berbincang mengenai hala tuju AMD dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
“Syarikat tersebut menyambut baik
kebijakan ini yang memberi tumpuan kepada kepentingan negara terutamanya dalam mewujud serta menjamin rantaian bekalan dari pelbagai negara,” katanya.
Untuk maksud itu, katanya, Malaysia kekal optimistik terkait perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat seperti AMD yang akan meletak serta melonjak negara ke arah yang lebih baik dalam ekosistem sektor ini untuk jangka masa panjang. – JM
