Pameran LIMA’2025 mampu sokong aspirasi Kertas Putih Pertahanan 2020 – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
25 MEI 2025

Berlandaskan kepada Kertas Putih Pertahanan 2020 yang berteraskan misi untuk menjamin “Malaysia yang Selamat, Berdaulat dan Makmur” (Secure, Sovereign and Prosperous Malaysia), pameran aset-aset dan peralatan terkini serta tercanggih dalam domain utama iaitu maritim dan aeroangkasa di Pameran LIMA diyakini mampu menyokong aspirasi tersebut.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat melawat kapal perang BNS Khalid Bin Walid milik Bangladesh di Resort World Langkawi (RWL), sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’25).

Baginda turut diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Komander BNS Khalid Bin Walid, Kapten M. Ezaz Masud.

ASISTEN KETUA STAF

Turut mengiring ialah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin.

Menurut Tuanku Raja Muda, hala tuju pembangunan Angkatan Masa Hadapan (MAF’s Future Force) akan memacu transformasi Angkatan Tentera Malaysia ke arah sebuah angkatan yang bersepadu (integrated), tangkas (agile), dan berfokus (focused) — bersiap siaga menghadapi ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, ‘Fokus pembangunan ATM adalah Domain Siber Elektromagnetik, Domain Maritim, Domain Udara dan Aeroangkasa, serta Domain Daratan’. -JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *