PMX pengerusikan mesyuarat akhir persiapan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

26 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat akhir persiapan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China yang akan bermula 26 Mei 2025 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada perincian pelaksanaan serta penyelarasan isu-isu utama yang bakal dibangkitkan, termasuk dalam sesi perbincangan dua hala bersama rakan sejawat serta para pemimpin serantau dan antarabangsa.

Perbincangan turut meliputi pendekatan Malaysia dalam memperkukuh kesepaduan ASEAN, memperluas kerjasama strategik, serta memperjuang kepentingan bersama demi kestabilan dan kemakmuran serantau.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kementerian, agensi, dan petugas terlibat atas dedikasi dan kerjasama padu dalam memastikan kelancaran penganjuran sidang kemuncak ini mengikut perancangan,” katanya dalam hantaran di FB.

Malaysia bersedia memikul amanah ini dengan sebaiknya, jelas Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *