PMX bertemu PM Kemboja sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

26 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

“Kami membincangkan terkait kerjasama antara kedua-dua negara yang perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, ia meliputi bidang pelaburan dan perdagangan, industri halal, keselamatan siber, perbankan Islam, tenaga, pertahanan, pelancongan, pertanian serta pendidikan.

“Kerjasama erat ini adalah manifestasi kesungguhan kedua-dua negara untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk rantau yang aman, stabil dan makmur,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *