






27 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ariffin berbesar hati meraikan para pemimpin negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China, dan Timor Leste dalam Majlis Makan Malam Gala.
Majlis ini bukan sekadar lambang persahabatan serantau, tetapi turut mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan warisan budaya yang pelbagai dan membanggakan.
Penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini termasuk barisan seniman dan seniwati antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Zainal Abidin, Shila Amzah, Bob Yusof, Asmidar dan Yasmin Aziz, diiringi oleh Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), para penari kebudayaan serta anak-anak PERMATA Seni yang telah menyumbang kepada sebuah persembahan yang memukau dan penuh jiwa.
“Kita teruskan usaha memperkukuh hubungan serantau melalui rasa saling menghormati dan kekayaan budaya yang dikongsi bersama,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di FB. – JM
