




Oleh: Sholina Osman
14 JUN 2025
(SOROTAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2025)
KUALA LUMPUR – Lebih 250 peserta terdiri daripada wartawan, pengamal media serta ahli akademik menghadiri Forum HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
Forum HAWANA 2025 ini anjuran bersama Pertubuhan Berita
Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Malaysian Press Institute (MPI) ini sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.
Kenyataan media Sekretariat HAWANA memaklumkan forum ini sebagai sebuah platform wacana terbuka untuk membincangkan isu-isu utama berkaitan masa depan kewartawanan dan media di Malaysia.
CABARAN DAN PELUANG
Dua topik utama yang akan diketengahkan dalam forum ini ialah penubuhan Majlis Media Malaysia serta cabaran dan peluang
berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri media tempatan.
Antara barisan panelis Forum HAWANA 2025 pula Premesh Chandran, Pengerusi, Jawatankuasa Pro-Tem, Majlis Media Malaysia
Wathshlah G. Naidu, Pengarah Eksekutif, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia Philip Golingai, Pengarang Berita Kanan, Kumpulan Media Star Zahrul Alam Yahya Shahir, Ketua, Unit Bahasa Malaysia & Video, FMT Sdn Bhd Nazri Kahar, Pengarang Kanan, Astro AWANI Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor, Institut Antarabangsa Pemikiran dan
Tamadun Islam (ISTAC-IIUM).
Forum dikendalikan oleh Jessy Chahal, Pengacara dan Wartawan Penyiaran BERNAMA TV selaku moderator. – JM
