



Wartawan JM
18 JUN 2025
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
menghadiri Program Dialog Kepimpinan Islam dan Konfusianisme yang dianjurkan bersama oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Konfusian Antarabangsa (ICA).
“Sesi dialog yang bertemakan “Pertukaran dan Pembelajaran Bersama antara Budaya Konfusianisme dan Tamadun Islam” ini amat signifikan dalam membina jambatan persefahaman antara dua peradaban agung dunia,” katanya dalam hantaran di FB.
Turut hadir dalam program ini ialah Presiden Persatuan Konfusian Antarabangsa, Sun Chunlan; Duta Besar China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing; Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan; Presiden UIAM merangkap Pengerusi Lembaga Gabenor UIAM, Tan Sri Samsudin Osman; serta Naib Pengerusi Majlis ICA, Tan Sri Ong Tee Keat. – JM
