PMX solat Jumaat di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong

Wartawan JM
22 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong, bersama masyarakat setempat.

Beliau berkata, Khutbah Jumaat bertajuk “Enakmen Jenayah Syariah, Undang-undang yang Mendidik” disampaikan Muhamad Nur Aliff Mat Ali, memberi peringatan penting bahawa undang-undang syariah bukan semata-mata bertujuan menghukum, tetapi lebih kepada mendidik masyarakat ke arah pembentukan akhlak mulia serta rasa tanggungjawab bersama.

“Sebelum itu, saya singgah menjamu selera di Restoran RT, Puchong, menikmati juadah tengah hari bersama orang ramai dalam suasana mesra dan santai,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berharap semoga nilai-nilai murni ini terus memperkukuh semangat perpaduan dan kesejahteraan dalam masyarakat kita. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *