Dr Wan Azizah hadir Majlis Perasmian Penutupan Program Kajang Bersih, Kajang DiHatiku

Wartawan JM
22 JUN 2025

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijemput bagi menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program Kajang Bersih, Kajang DiHatiku (KBKD) 2.0 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bertempat di SMK Taman Jasmin 2, Kajang.

Beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeei (ADUN) Kajang berkata, kempen ini bertujuan untuk menyemai semangat cintakan kebersihan dan penjagaan persekitaran dalam kalangan komuniti.

“Semoga kempen ini dapat memberi kesedaran yang lebih dan meningkatkan semangat membina komuniti yang lebih bersih, sihat dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *