




Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
29 JUN 2025
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Johor Bahru, hari ini (29 Jun).
Hadir sama Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara Ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan. – JM
