MCMC Negeri Sembilan adakan program KIS di SK Jelai 2 (Felda) Gemas

Wartawan JM
30 JUN 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelai 2 (Felda), Gemas dengan kerjasama dari Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) daerah Kuala Pilah dan Tampin.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai had umur penggunaan media sosial serta risiko dalam talian bagi kanak-kanak di bawah 13 tahun.

“Modul 10 – 12 tahun telah diperkenalkan kepada 178 pelajar Tahun 4 hingga 6 yang menghadiri program ini,” kata MCMC dalam hantaran di FB.

CARA MELAYARI INTERNET

Melalui program ini, pelajar dapat mempelajari cara melayari Internet dengan selamat, jenis kandungan merbahaya di alam maya dan aktiviti alternatif yang boleh dilakukan pada masa lapang.

MCMC Negeri Sembilan turut melantik ikon guru dan pelajar KIS untuk dijadikan sebagai teladan dan memberi inspirasi kepada pelajar dalam mengamalkan keselamatan dalam talian. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *