







Wartawan JM
1 JULAI 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil melakukan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi meninjau pelaksanaan program Perkhidmatan Pintar dan beramah mesra bersama-sama komuniti setempat.
NADI ini turut melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) yang melibatkan 18 orang pelajar kurang upaya pendengaran daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Bumbong Lima.
MCMC dalam hantaran di FB memaklumkan ia bagi memberi pendedahan berkaitan keselamatan siber dan penggunaan Internet secara beretika serta bertanggungjawab.
Program ini turut disertai oleh tiga orang guru pengiring yang berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penyampaian maklumat berjalan lancar. – JM
