Fahmi tinjau menara komunikasi baharu di Tanjung Asam, Pulau Pinang

Wartawan JM
1 JULAI 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melakukan tinjauan terhadap pelaksanaan dan prestasi operasi menara komunikasi baharu di Tanjung Asam, Pulau Pinang.

Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB memaklumkan bahawa menara ini ialah projek rintis yang menggunakan konsep perkongsian Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G 6 Hala.

Selain itu ia merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional “Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet.”

Dengan ketinggian 60 meter dan capaian rangkaian yang dipertingkatkan, lebih 3,000 penduduk di kawasan Gertak Sanggul, Tanjung Asam serta Teluk Kumbar kini dapat menikmati kemudahan digital yang lebih berkualiti.

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa komited untuk memperluas capaian digital ke seluruh pelosok negara agar tiada komuniti yang tertinggal dalam arus pembangunan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *