PMX tinjau perkhidmatan aerotrain di KLIA

Wartawan JM
1 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kemudahan perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Alhamdulillah, perkhidmatan aerotrain ini kini kembali beroperasi bermula hari ini setelah melalui proses penyelenggaraan dan penambahbaikan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, ia merupakan satu langkah penting demi memastikan keselesaan dan kelancaran pergerakan semua pihak, khususnya para penumpang yang menggunakan KLIA sebagai pintu masuk dan keluar negara.

PANTAS DAN CEKAP

“Saya berpuas hati dengan tahap pengoperasian aerotrain ini yang bukan sahaja pantas dan cekap, tetapi juga mudah diakses oleh semua,” kata beliu.

Jelas Perdana Menteri, kemudahan ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh imej KLIA sebagai lapangan terbang bertaraf dunia yang sentiasa mendahulukan keperluan serta keselesaan pengguna.

“Syabas dan tahniah kepada pihak Malaysia Airports dan semua yang terlibat atas usaha berterusan dalam menambah baik mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan para pelawat antarabangsa,” katanya lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *