PMX, delegasi Malaysia berangkat ke Rom, Itali

Wartawan JM
1 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia tengah hari ini berangkat ke Rom, Itali bagi mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Giorgia Meloni selain mengadakan pertemuan bersama peneraju industri perniagaan.

Beliau seterusnyq ke Paris untuk bertemu Presiden Emmanuel Macron dan mengetuai sesi rundingan bersama gergasi industri negara berkenaan.

“Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement di Sorbonne Universit,” katanya dalam hantaran di FB.

MERANGKUMI PENYERTAAN MALAYSIA

Beliau berkata, lawatan ini turut merangkumi penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Lula da Silva, sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN.

Beliau berkata, Malaysia akan terus mengangkat kepentingan multilateralisme berteraskan undang-undang, tadbir urus AI, tindakan iklim dan kesihatan global demi masa depan dunia yang lebih adil dan inklusif.

“Moga segala urusan dipermudah dan lawatan ini membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara. Insya-Allah,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *