AI Summer Camp TVET buka ruang kepada hampir 300 pelajar sekolah, pusat latihan

Wartawan Jendela MADANI
5 JULAI 2025

Pelaksanaan AI Summer Camp TVET Se-Malaysia 2025 membuka ruang kepada hampir 300 pelajar sekolah rendah dan pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) meningkatkan daya saing dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Melalui pendekatan secara langsung dan berasaskan projek, peserta dilatih berfikir secara kreatif dan berinovasi serta menjadi pembimbing yang berkemahiran kepada rakan-rakan.

Pengarah Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin memaklumkan, menerusi kajian pasca-program AI Summer Camp peringkat universiti di tiga zon pada tahun lalu, telah menunjukkan peningkatan ketara dalam pemahaman kecerdasan buatan dalam kalangan peserta.

PENDEKATAN SECARA LANGSUNG

Ini membuktikan pendekatan secara langsung iaitu melibatkan pelajar secara terus dalam elemen baharu pembelajaran berasaskan AI dapat mempercepatkan literasi pemahaman di kalangan pelajar.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Perasmian “Kick Off” AI Summer Camp TVET Se-Malaysia 2025 di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra, Arau, Perlis.

Hampir 300 peserta terlibat mewakili 23 buah politeknik dan kolej komuniti zon utara serta 29 buah sekolah rendah seluruh Perlis, dari 1 hingga 4 Julai lalu.

PROGRAM BERKENAAN DISEMPURNAKAN

Perasmian program berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai penaung FCoEE.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut menyambut, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail.

AI Summer Camp TVET akan diteruskan ke Zon Timur di Politeknik Kota Bharu, Kelantan dan Zon Tengah di Politeknik Bagan Datuk, Perak. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *