
9 Julai 2025
Usaha gigih Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim mempromosikan Malaysia amat berbaloi apabila Malaysia semakin disegani serta dihormati oleh pemimpin-pemimpin dunia.
Antara pemimpin dunia yang akan berkunjung ke Malaysia adalah Perdana Menteri Brazil pada Oktober ini.
FASA YANG AMAT DINAMIK
Lawatan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva ke Malaysia pada Oktober ini bakal membuka lembaran baharu dalam hubungan Brazil–Malaysia yang kini berada di fasa yang amat dinamik.
Setiausaha Agung Hal Ehwal Luar Brazil, Maria Laura da Rocha berkata lawatan itu yang merupakan kunjungan pertama oleh seorang Ketua Negara Brazil ke Malaysia dalam tempoh hampir tiga dekad, akan menjadi kemuncak kepada momentum positif sedia ada dan meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Sudah pasti banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat kedua negara hasil daripada lawatan tersebut – JM
(Petikan berita BERNAMA)
