MALAYSIA KOMITED ERATKAN HUBUNGAN DENGAN AFRIKA SELATAN SEBAGAI RAKAN DAGANG UTAMA

8 Julai 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.

Pertemuan tersebut telah membolehkan pemimpin dua negara ini menilai semula pelbagai bentuk kerjasama meliputi pelbagai bidang selain merangka langkah memperluas pelaburan strategik dalam sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.

PMX menzahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin, termasuk usaha gigih mereka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Malaysia komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika, selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.

PMX turut mengundang Presiden Ramaphosa untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini selain mengucapkan terima kasih atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November.

Tahniah PMX terus cemerlang menjulang nama Malaysia ke persada dunia. – JM

🇲🇾🇿🇦

MalaysiaMADANI

RancakkanMADANI

MADANIbekerja

BRICS2025

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *