PMX AKAN BANGKITKAN ISU TARIF IMPORT DENGAN SETIAUSAHA NEGARA AS ESOK

11 Julai 2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim mengesahkan isu tarif import 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan Presiden Donald Trump pada Selasa, akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, esok.

Ini kerana, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan AS mengenakan tarif secara unilateral akan memberi impak negatif kepada Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

PMX akan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Khamis.

“Saya akan berjumpa dengannya esok,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai Rubio yang akan berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN-Amerika Syarikat, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-32, yang dijadualkan pada 10-11 Julai 2025. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *