Malaysia secara rasmi umum pencalonan untuk dipilih semula ke ITU – Fahmi

Wartawan JM
Foto Ihsan BERNAMA
9 JULAI 2025

Malaysia telah mengumumkan secara rasmi pencalonannya untuk pemilihan semula ke Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, semasa sesi ucapan pemimpin di “World Summit on the Information Society+20 High Level Event” (WSIS+20) yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 11 Julai 2025, di Geneva.

Fahmi berkata Malaysia kekal sebagai pemain aktif dalam ITU, daripada janji Partner2Connect kepada pengerusian Kumpulan Kajian ITU dan penganjuran program pembinaan kapasiti.

Sehubungan itu kata Fahmi, pihaknya memohon pemilihan semula ke Majlis ITU bagi penggal 2027–2030,” katanya dalam hantaran di FB.

SEBUAH MASYARAKAT GLOBAL

“Matlamat kami jelas: untuk membantu membina sebuah masyarakat global yang lebih berhubung, berpengetahuan dan inklusif,” katanya dalam hantaran di FB.

Jelas Fahmi, Kerajaan MADANI juga mengulangi komitmen penuh untuk bekerjasama dengan semua rakan kongsi bagi meningkatkan keterangkuman digital, mengukuhkan daya tahan dan memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam era berteknologi tinggi.

Malaysia kini merupakan ahli Majlis ITU yang telah dipilih bagi penggal 2023-2026, yang membolehkan negara ini menyertai usaha membentuk hala tuju dasar strategik ITU dan mewakili kepentingan rantau Asia dalam bidang telekomunikasi dan infrastruktur digital.

ITU ialah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi telekomunikasi dan teknologi digital yang memperuntukkan spektrum frekuensi radio, membangunkan piawaian antarabangsa untuk memastikan keserasian rangkaian komunikasi serta berusaha merapatkan jurang digital di seluruh dunia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *