











Oleh: Sholina Osman
15 JULAI 2025
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Reformasi MADANI yang digerakkan oleh kementerian kini dilaksanakan secara progresif dan pantas.
“Melalui pendekatan “Rancakkan MADANI”, kami tidak menunggu waktu. Kami mempercepat dan memperkukuh pelaksanaan reformasi dalam pelbagai aspek demi kemaslahatan rakyat dan negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Beliau menjelaskan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerajaan MADANI bukan sekadar slogan atau retorik politik, sebaliknya merupakan iltizam yang jelas โ diterjemahkan melalui pelaksanaan dasar, pendekatan berteraskan keprihatinan rakyat, dan reformasi sistemik yang menjamin keadilan, kesejahteraan serta keselamatan seluruh rakyat Malaysia.
“Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan kepada keselamatan dalam negara, saya komited memastikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pelbagai inisiatif secara holistik โ menggabungkan nilai kemanusiaan, pendekatan digital dan kekuatan penguatkuasaan,” kata beliau lagi.
MENJAGA KESELAMATAN NEGARA
Saifuddin berkata tanggungjawab KDN menjaga keselamatan negara bukan semata-mata bersandar pada kawalan sempadan atau pematuhan undang-undang, tetapi turut meliputi kepercayaan rakyat kepada sistem, integriti institusi dan rasa tenteram dalam kehidupan seharian.
Jelas beliau menerusi Program Ihsan Madani: Kepulangan yang Dinanti telah membolehkan sebanyak 57,127 orang prospek menjalani pelepasan secara berlesen (PBSL) โ memberikan ruang untuk mereka kembali ke pangkuan masyarakat dengan lebih bermaruah dan produktif.
“Sehingga 9 Julai 2025, sebanyak 4105 individu telah berjaya dipulihkan dan kembali ke alam pekerjaan hasil usaha padanan kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),” kata beliau.
Beliau berkata, Jabatan Penjara Malaysia kini memberikan fokus kepada pendekatan pemulihan dan bukannya hanya menghukum.
KALANGAN BEKAS PROSPEK
Hasilnya, kata beliau kadar residivisme dalam kalangan bekas prospek semakin menurun โ satu petunjuk bahawa pendekatan ini membuahkan hasil.
Manakala dari sudut keselamatan fizikal negara Saifuddin berkata sebanyak RM45 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf 151 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara.
Manakala di kawasan pantai timur Sabah katanya KDN meluluskan RM40 juta kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bagi pembinaan pejabat baharu serta 60 unit kuarters untuk pegawai dan anggota keselamatan.
“Ini bukan sekadar pelaburan fizikal, tetapi pelaburan atas moral dan kesiapsiagaan anggota barisan hadapan negara,” tambah beliau.
46, 690 PENDATANG ASING
Setakat ini, juga kata Saifuddin sebanyak 46,690 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 1005 majikan telah berjaya ditahan โ mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi KDN bagi menguatkuasakan undang-undang migrasi, menjaga ketenteraman awam serta memastikan peluang pekerjaan terus berpihak kepada warga tempatan.
“Hasil usaha berterusan ini, Malaysia kini berada pada tangga ke-13 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2025, manakala pasport Malaysia disenaraikan sebagai ke-11 paling berkuasa di dunia berdasarkan Henley Passport Index,” kata beliau.
Saifuddin berkata, ini merupakan pengiktirafan global atas kecekapan dan keteguhan sistem keselamatan dalam negara yang dikemudi oleh KDN.
“Program MEKAR (Menyemai Kasih Rakyat) kini digerakkan oleh 32 buah kenderaan bergerak yang menyampaikan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara terus ke pintu rakyat โ termasuk kawasan pedalaman yang sukar diakses,” jelas Saifuddin.
PENDEKATAN MADANI SEBENAR
Beliau berkata, ini cerminan kepada pendekatan MADANI sebenar โ kerajaan yang mendekat, bukan menjauh.
“Terkait dengan aspek kewarganegaraan, satu lagi pencapaian besar KDN ialah kelulusan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan dengan kewarganegaraan yang telah diluluskan di Parlimen pada Oktober 2024,” kata beliau.
Jelas Saifuddin salah satu elemen pindaan ini membawa impak besar kepada kaum ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak-anak yang lahir di luar negara iaitu anak-anak mereka ini layak menjadi warganegara Malaysia secara automatik.
Beliau berkata ini merupakan sejarah yang mengangkat prinsip kesaksamaan gender kepada tahap Perlembagaan โ dan menjadi titik penting dalam perjuangan hak kaum ibu.
KAWALAN BAHAN CETAKAN
“Penguatkuasaan KDN untuk memperkasakan kawalan bahan percetakan telah menyaksikan lebih 26000 naskhah al-Quran yang tiada perakuan telah berjaya ditukar melalui Program Jom Exchange Quran (JEQ) sepanjang Januari 2023 hingga Jun 2025,” katanya.
Beliau berkata ini menggambarkan komitmen KDN untuk memastikan kesucian naskhah al-Quran yang digunakan oleh umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara.
KDN juga fokus untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepat dan menambah baik proses kerja,” kata Saifuddin.
ANALISIS DATA JENAYAH
Beliau berkata daripada sistem pemantauan imigresen, analisis data jenayah hingga ke automasi perkhidmatan โ penggunaan AI dilakukan secara terancang tanpa mengkompromi integriti dan keselamatan rakyat,” tambahnya.
Sebagai agensi pelaksana dasar keselamatan negara, beliau menjelaskan KDN tidak akan berhenti di sini. Kami akan terus maju ke hadapan โ memacu inisiatif, memperkukuh kepercayaan rakyat, dan mengangkat darjat keselamatan negara kepada tahap yang lebih tinggi.
“Kami tidak leka dalam rutin. Kami tidak menunggu sorakan. Kami tidak mendambakan tumpuan. Kami terus bekerja, menyantuni dan memperbaiki,” tambah beliau lagi. – JM
