Agong dipersembah taklimat mengenai lawatan negara ke Persekutuan Rusia

Wartawan JM
Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
16 JULAI 2025

Yang di-Pertuan Agong dipersembahkan taklimat mengenai lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia pada Ogos ini.

Taklimat selama hampir sejam itu dipersembahkan oleh Dato’ Seri Amran Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri pada sesi mengadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara, hari ini (16 Julai).

Hadir sama, Naiyl M Latypov, Duta Rusia ke Malaysia; Dato’ Yubazlan Yusof, Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular, Kementerian Luar Negeri, Datuk Rozainor Ramli, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan dan TYT Abu Bakar Mamat, Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negeri.

Turut hadir, Tan Sri Dr Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *