Fahmi berbincang dengan MyCreative Ventures berhubung CEMI, DKK

Wartawan JM
16 JULAI 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengadakan perbincangan dengan MyCreative Ventures (MyCV).

Beliau berkata perbincangan ini memberi tumpuan kepada dua perkara utama iaitu insentif Konsert dan Acara Malaysia (CEMI) dan Dana Kandungan Kreatif (DKK).

Fahmi berkata CEMI membantu penganjuran konsert dan acara besar, manakala DKK pula menyokong penghasilan kandungan kreatif.

“Ini antara usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk melonjakkan industri kreatif tempatan ke tahap lebih tinggi,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *