Duta Khas Presiden Korea Selatan kunjungi PMX

Oleh:- Wartawan JM

23 Julai 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Khas Presiden Korea Selatan, Kim Young Choon yang kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia.

Dalam pertemuan itu beliau telah menyampaikan salam hormat Presiden Lee Jae-myung serta komitmen tinggi untuk memperkukuh hubungan strategik Malaysia–Korea Selatan.

”Alhamdulillah, kedua-dua negara terus sepakat untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, peralihan hijau, digital dan pertahanan.

“Korea kini merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan bernilai AS$23.94 bilion pada tahun lalu, ” kata PMX yang dipetik daripada FB beliau.

PMX SAMBUT BAIK KOREA SELATAN MUKTAMADKAN
PERJANJIAN FTA

Menurut PMX lagi, beliau menyambut baik hasrat Korea Selatan untuk memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) serta memorandum persefahaman dalam bidang industri pertahanan menjelang Oktober ini.

” Kami sempat bertukar pandangan terkait APEC 2025 yang akan berlangsung di Gyeongju pada 31 Oktober hingga 1 November, kali ketiga Korea menjadi tuan rumah selepas 1991 dan 2005.

” Malaysia menyokong kepimpinan Korea dalam persidangan ini bagi mengemudi agenda serantau yang progresif dan inklusif, ” jelas PMX lagi.

Beliau turut menyampaikan jemputan kepada Presiden Jae-myung untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober depan.

Menurut PMX lagi, Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama dengan Korea demi keamanan dan kemakmuran serantau yang berkekalan -JM

MalaysiaMADANI

MADANIbekerja

RancakkanMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *