Malaysia selaku Pengerusi ASEAN jadi orang tengah redakan konflik Thailand-Kemboja – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
26 JULAI 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjadi orang tengah bagi meredakan konflik yang berlaku antara Thailand-Kemboja.

Beliau berkata seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Perdana Menteri Kerajaan Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand Phumtham Wechayachai menerusi panggilan telefon petang semalam (25 Julai).

“Kita lihat kesediaan kedua Perdana Menteri ini untuk mengumumkan gencatan senjata,” katanya pada sidang media.

KENYATAAN DARI KEDUA

Bagaimanapun katanya kenyataan dari kedua PM tersebut masih ditunggu.

Jelas Fahmi, ini adalah antara peranan yg dimainkan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *