







1 Ogos 2025
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), sektor kesihatan negara menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion sebagai komitmen berterusan Kerajaan untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara demi kesejahteraan rakyat.
Peruntukan ini merangkumi pelbagai inisiatif strategik termasuk penaiktarafan fasiliti kesihatan, pembangunan kapasiti sumber manusia, pemerkasaan kesihatan digital, dan pengukuhan kesiapsiagaan sistem kesihatan awam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memastikan peruntukan ini dimanfaatkan secara optimum bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, inklusif dan mampan sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani.
#RancakkanMADANI
