SULTAN IBRAHIM SIFATKAN LAWATAN NEGARA KE PERSEKUTUAN RUSIA ERATKAN LAGI HUBUNGAN DAN KERJASAMA DUA NEGARA

6 OGOS 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara dua negara.

Seri Paduka Baginda, bertitah Malaysia menganggap Rusia sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan penting.

“Lawatan Negara ini mencerminkan hasrat ikhlas saya untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kita semua. Bah kata pepatah Rusia, persahabatan lebih berharga daripada wang.

“Di atas semangat persahabatan inilah saya percaya, kita akan terus membentuk hala tuju hubungan antara kedua-dua negara untuk kepentingan rakyat bersama,” titah Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Titah Pendahuluan pada pertemuan rasmi bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin di Kremlin Moscow pada hari ini (6 Ogos).

Seri Paduka Baginda, bertitah Malaysia adalah antara negara ASEAN terawal menjalin hubungan dengan Moscow.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *