











6 Ogos 2025
Kajang: – Seramai 53 pegawai penjara terdiri daripada Timbalan Penguasa Penjara dan Inspektor Penjara telah menamatkan latihan di Maktab Penjara Malaysia dengan jayanya hari ini.
Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) ini turut di hadiri oleh YBrs. TKJP Hafidz bin Othman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), YBrs. KP Mohamad Rosidek bin Musa Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara, YDH TKP Aminon bin Adnan Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, YDH.TKP Zulkifli bin Abdul Manah Pengarah Maktab Penjara Malaysia, YDH TKP TKP Rahmat bin Abd Rani Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme IPPM, Pengarah Institusi Penjara, Pegawai Kanan serta ahli keluarga Pegawai Penjara.
Majlis dimulakan dengan Lagu Negara Ku dan Bakti Setia, Pemeriksaan Perbarisan oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Perbarisan Berjalan Lalu dan Lintas Hormat dalam Perlahan dan Cepat Jalan serta penyampaian Penyampaian Anugerah Pelatih Terbaik. Dalam ucapan perasmian oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, beliau menekankan supaya pegawai-pegawai menerapkan budaya integriti dalam menjalankan amanah dan juga tanggungjawab yang bakal dipikul. Selain daripada itu, YBhg. TKJP Dato’ juga berharap dengan ilmu dari pembelajaran semasa latihan ini akan memberikan keyakinan kepada pegawai supaya dapat menjalankan tugas yang cemerlang dalam menaikkan nama jabatan dan kementerian secara amnya.
Para tetamu turut disajikan dengan Perbarisan Mara Mengadap & Gempur Waja Bakti Perbarisan Keluar Padang, Persembahan Pancaragam Jabatan Penjara Malaysia, Persembahan Control & Restrain (C&R) dari Penjara Negeri Sembilan dan Persembahan Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia.
