



Wartawan JM
Foto Ihsan FB Fahmi Fadzil
7 OGOS 2025
Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya untuk berjumpa “Dazzle Dancers” yang akan berangkat ke Bandung, Indonesia esok (6 Ogos) bagi menyertai pertandingan tarian peringkat antarabangsa.
Kumpulan ini dianggotai oleh 12 orang murid yang berusia 10 hingga 12 tahun.
“Mereka bukan sekadar mewakili sekolah, malah membawa nama negara ke pertandingan tersebut dalam tiga kategori – berkumpulan, duo dan solo,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.
“Mereka telah menjalani latihan intensif selama tiga minggu, dibimbing koreografer berbakat, Cikgu Mohd Nazri Zahauddin, jurulatih dari PERMATA Seni Tari
Sama-sama kita doakan kejayaan buat Dazzle Dancers,” kata beliau. – JM
