YANG DI-PERTUAN AGONG LAWAT PUSAT PEMBANGUNAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF RUSIA

7 Ogos 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat dan melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) di Moscow, pada hari ini (7 Ogos) sebagai sebahagian daripada lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia.

NAMI merupakan pusat saintifik dan kejuruteraan terkemuka di Persekutuan Rusia dengan pengalaman lebih daripada seratus tahun.

Berperanan sebagai sebuah hub yang menghimpunkan pakar-pakar berkelayakan tinggi yang merekabentuk, membina dan menguji pelbagai jenis kenderaan daripada kereta penumpang mewah hinggalah kepada jentera pertanian serta komponen automotif inovatif.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Fedor Nazarov, Ketua Pengarah NAMI.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan yang juga Menteri Pengiring dan Dato’ Seri Amran Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menerima persembahan taklimat khas mengenai pencapaian inovasi terkini teknologi automotif yang dibangunkan NAMI.

Seusai selesai sesi persembahan taklimat berkenaan, Sultan Ibrahim kemudian berkenan berangkat melawat ruang pameran yang menempatkan beberapa model Aurus, simbol kejuruteraan buatan Persekutuan Rusia.

Hadir sama, Albert Anvarovich Karimov, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Rusia.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa memandu uji model Aurus Senat dengan diiringi Nazarov.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *