








7 Ogos 2025
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat Tochka Kipeniya, sebuah hab teknologi dan inovasi terkemuka di Moscow pada hari ini (7 Ogos).
Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Tochka Kipeniya, merupakan sebahagian daripada rangka Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia, sekaligus memperkukuhkan kerjasama dalam bidang teknologi serta inovasi.
Dalam sesi lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai inisiatif pembangunan teknologi yang sedang dibangunkan.
