





10 Ogos 2025
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama warga Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Anggota (BAKAT) 21 Gerup Gerak Khas (GGK) di Kem Iskandar, Mersing hari ini (10 Ogos).
Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Majlis santapan ini bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-60.
Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan Yayasan Warisan Johor serta nyanyian oleh penyanyi BAKAT.
