𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ 𝐓𝐔𝐀𝐍 π˜π€ππ† π“π„π‘π”π“π€πŒπ€ ππ‘πŽπ…π„π’πŽπ‘ 𝐃𝐑 πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π˜π”ππ”π’, πŠπ„π“π”π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ π‘π€πŠπ˜π€π“ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐋𝐀𝐃𝐄𝐒𝐇 πŠπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

PUTRAJAYA, 12 Ogos 2025 – Istiadat Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Profesor Dr Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia, telah diadakan sebentar tadi di Dataran Perdana Putra. Ketibaan beliau disambut oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Lawatan rasmi ini merupakan lawatan balas kepada kunjungan YAB Perdana Menteri ke Bangladesh pada Oktober 2024.

Dalam lawatan tersebut, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) meliputi bidang pertahanan, tenaga, kajian strategik dan antarabangsa, pembangunan kapasiti dalam sektor semikonduktor, serta promosi perdagangan.

Lawatan ini dijangka dapat mengukuhkan hubungan dua hala dan mempererat kerjasama dalam bidang yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Foto oleh: Muhammad Faiz bin Norzani (Pejabat TKSUK)

JabatanPerdanaMenteri

MalaysiaMADANI

RancakkanMADANI

MADANIBekerja

TaatSetia

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *