Wawasan Malaysia dalam AI bukan sekadar mengejar kemajuan – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Wawasan Malaysia dalam Kecerdasan Buatan (AI) bukan sekadar untuk mengejar kemajuan negara lain, tetapi untuk memimpin dan menawarkan kepada dunia satu model inovasi yang berteraskan kepercayaan, berpaksikan keadilan, dan dibentuk dengan penuh bangga oleh nilai-nilai Asia Tenggara.

“Harapan ini saya tekankan sewaktu peluncuran ASEAN AI Malaysia Summit 2025 hari ini, bahawa kejayaan AI tidak diukur pada sejauh mana canggihnya teknologi, tetapi pada sejauh mana ia mampu mengangkat taraf hidup rakyat dalam memastikan peluang dicipta, cabaran diatasi, dan tiada sesiapa yang ketinggalan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Jelas beliau inilah cara kita membina masa depan di mana teknologi benar-benar berkhidmat untuk manusia secara mampan, inklusif, dan adil.

Saya juga memaklumkan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dilancarkan baru-baru ini turut menggariskan keperluan transformasi digital sebagai pemacu utama pertumbuhan yang mampan dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi di rantau ini.

Dengan perpaduan, iltizam, dan semangat juang yang tidak pernah luntur, kita akan memastikan negara ini melangkah jauh ke hadapan dalam era AI demi kemakmuran rakyat dan maruah negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *