
15 Ogos 2025
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim beramah mesra bersama para pengunjung sewaktu Seri Paduka Baginda berangkat ke Restoran R&R Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing, hari ini (15 Ogos).
Terdahulu, Seri Paduka Baginda yang dalam perjalanan ke Mersing singgah di restoran berkenaan bagi santapan pagi dan turut disambut mesra oleh orang ramai.
Dengan penuh kemesraan, Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa bergambar bersama sebuah keluarga yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata.
