Projek Jalan Baharu Kamunting–Anak Kurau (Fasa 2) di Larut bakal rangsang ekonomi – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 OGOS 2025

Projek Jalan Baharu Kamunting–Anak Kurau (Fasa 2) di Larut, Perak
bakal memendekkan perjalanan dari 45 minit kepada hanya 15 minit sekaligus memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk setempat dan merangsang ekonomi luar bandar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara manfaatnya, ia dapat memberi peluang kepada orang-orang kampung serta pengusaha pertanian dan perladangan antaranya kelapa sawit, durian dan petai bagi mengembangkan lagi perniagaan dalam meningkatkan kegiatan ekonomi dan sosial di Daerah Larut, Matang dan Selama.

Selain itu, kata beliau ia akan merancakkan ekonomi di tempat tumpuan rekreasi seperti Lata Sempeneh dan Seven Beret Campsite dengan wujudnya akses jalan raya alternatif ini.

KINI MENDAHULUI JADUAL

“Dengan kemajuan 70.5 peratus, projek ini kini mendahului jadual sebanyak 59 hari dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2026,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Perdana Menteri meninjau kemajuan Projek Jalan Baharu Kamunting–Anak Kurau (Fasa 2) di Larut, Perak.

Kerajaan akan terus memastikan kemudahan asas terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat luar bandar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *