


Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, yang baru selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.
“Sambil bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau, kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan rakyat dan pembangunan negeri,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Perdana Menteri juga mendoakan semoga Mohd Zolkafly terus diberikan kesembuhan yang sempurna dan dikurniakan afiyah oleh Allah SWT. – JM
