KDPB SULTAN PAHANG DAN KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG BERSAMA-SAMA DYMM SULTAN SELANGOR DAN DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR MELAWAT PEKAN BANDAR DIRAJA

17 Ogos 2025

PEKAN – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin ke Pekan, Bandar Diraja hari ini.

Paduka Baginda berdua berkenan berangkat bersama-sama DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor melawat Muzium Sultan Abu Bakar, Muzium Maritim Pulau Beram dan Muzium Masjid Sultan Abdullah yang menjadi lokasi tarikan di bandar Diraja ini.

Keberangkatan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor ke daerah ini adalah bersempena lawatan selama tiga hari Baginda berdua ke negeri Pahang Darul Makmur bermula hari ini.

Baginda berdua berkenan melihat sejarah serta khazanah berharga negeri Pahang Darul Makmur yang berada di setiap lokasi muzium sebelum berkenan berangkat ke santapan tengah hari ini di Kafe Belibis.

KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang bersama-sama DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor turut berangkat melawat sekitar Bandar Pekan dan Padang Polo yang menjadi gelanggang penganjuran sukan elit itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Baginda berdua turut berkenan ke Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah di Pulau Keladi untuk melihat sendiri usaha-usaha memelihara keistimewaan Tenun Diraja Pahang yang lahir di daerah ini. -KESULTANAN PAHANG


HRH THE SULTAN OF PAHANG AND HRH THE TENGKU AMPUAN PAHANG, TOGETHER WITH HRH THE SULTAN OF SELANGOR AND HRH THE TENGKU PERMAISURI SELANGOR, VISIT PEKAN ROYAL TOWN

PEKAN, August 17, 2025 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, graciously visited Pekan Royal Town today together with His Royal Highness the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, and Her Royal Highness the Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Hajah Norashikin.

Their Royal Highnesses visited several landmarks in the Royal Town, including the Sultan Abu Bakar Museum, Pulau Beram Maritime Museum, and Sultan Abdullah Mosque Museum, which are among Pekan’s main attractions.

The visit of His Royal Highness the Sultan of Selangor and Her Royal Highness the Tengku Permaisuri Selangor to Pahang was held in conjunction with their three-day tour of the state beginning today.

During the visit, Their Royal Highnesses viewed the rich history and treasured heritage of Pahang Darul Makmur preserved within the museums, before attending a luncheon at Kafe Belibis.

His Royal Highness the Sultan of Pahang and Her Royal Highness the Tengku Ampuan Pahang, together with His Royal Highness the Sultan of Selangor and Her Royal Highness the Tengku Permaisuri Selangor, also toured Pekan town and the Polo Field, an elite sporting ground that has hosted international events.

Their Royal Highnesses later visited the Tunku Azizah Royal Craft Village in Pulau Keladi to observe first-hand the preservation efforts of the Royal Pahang Weave (Tenun Diraja Pahang), a unique cultural heritage originating from this district. -KESULTANAN PAHANG

kesultananpahang

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *